Calon Bebas PRU15 di Puchong, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang bersedia berdepan dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.
Namun, jelas aktivis sosial itu, penyertaan beliau sekurang-kurangnya membuka jalan kepada perubahan minda rakyat bahawa calon tanpa parti politik juga mampu membawa suara mereka dan memimpin negara.